Tingkah laku Paus (mamalia)

Paus secara amnya dikelaskan sebagai pemangsa tetapi makanan haiwan ini terdiri daripada plankton kepada ikan besar. Sebagai mamalia, ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan.

Kerana habitatnya, paus menetapkan bila ia mahu bernafas. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama. Ini kerana mereka perlu sedar untuk bernafas. Dipercayai hanya satu hemisfera dalam otak ikan paus tidur pada satu masa supaya paus tidak tidur sepenuhnya tetapi masih boleh berehat.

Paus berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian paus. Kerana haiwan ini sangat besar dan kuat, bunyi yang dihasilkan sangat kuat (bergantung kepada spesis). Paus dipercayai membuat 20,000 wat akustik bunyi pada 163 desibel.

Paus betina melahirkan seekor anak. Masa menyusu adalah lama (lebih dari satu tahun dalam kebanyakan spesis), dan ini dikaitkan dengan hubungan yang erat antara ibu dan anak. Dalam kebanyakan paus, proses pendewasaan berlaku lewat, selalunya dalam tujuh hingga 10 tahun. Disebabkan ini mereka melahirkan sedikit zuriat tetapi mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk hidup dalam dunia haiwan liar.

Alat kelamin paus jantan dimasukkan ke dalam rongga badan ketika berenang untuk penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Kebanyakan ikan paus tidak mempunyai pasangan tetap; dalam kebanyakan spesis paus betina mempunyai banyak pasangan pada setiap musim mengawan. Ketika saat kelahiran, bayi paus mengeluarkan ekor dahulu untuk meminimumkan risiko lemas. Paus menyusukan anak dengan memancutkan susu secara konsisten seperti ubat gigi ke dalam mulut bayi untuk mengelak daripada susu tersebut hilang dalam air.